Thursday, March 11, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!



Kahwin, Kahwin, Kahwin...Selalunya itulah fenomena yang akan berlaku ketika musim cuti sekolah. Suatu "Pesta" yang menjadi lumrah biasa dan trend orang kita untuk mengadakan kenduri kendara tersebut. Kata orang, mudah berjalan sikit terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga dan membolehkan sanak saudara dan adik beradik berkumpul meraikan hari bahagia buat Si Pengatin Baru. Apa pun, itulah senario yang berlaku ketika ini.

Oh ya...Assalamualaikum. Lupa pula bagi salam terlebih dahulu. Maklumlah, dah lama coretan ana tidak terlakar di blog ni. Biasalah, blogger low profile. Dan low attention sekali la kot. Kahwin?!! Mengapa pula ana nak kupas di sini kali ini??! Lagi pun ni bukan musim cuti sekolah. Dan bukan ana nak kahwin lagi pun.

Actually, ana zahirkan di sini sebagai meraikan rakan, kenalan dan sahabat seperjuangan yang bakal dan baru sahaja mendirikan 'mahligai bahagia' bersama yang tersayang yang teringin sekali ana hulurkan doa tanda kegembiraan sebagai hamba-Nya yang mempunyai impian yang seumpama itu.

Untuk:
Syed Mohd Haddad - Partner j-QAF satu sekolah
Liza - EIO sekolah ana
Suhaila - Adik kawan baik ana
Hilmi - cyber partner ana

SELAMAT PENGANTIN BARU, Moga berbahagia ke anak cucu cicit piut dan seterusnya.

Bertukarnya status Haddad sebagai partner ana di sekolah meninggalkan ana satu-satunya menjadi lelaki bujang terhormat di sekolah ana sekaligus menjadi bahan eksperimen pertanyaan, perlian dan gelak ketawa di kalangan guru. Bagi ana, itu bukan sindiran atau penghinaan, sekadar gurauan sesama kawan kerana ana amat bertuah di kelilingi mereka-mereka yang cukup friendly dan memahami. Hatta bos ana sendiri pun turut tersenarai di kalangan guru-guru tersebut.

Apa pun, kepada yang mengenali dan masih solo lagi, bersegeralah mengikuti sunnah Junjungan besar kita ini. Nasihat ini turut ana tujukan buat diri sendiri dan semoga dibukakan dan dipermudahkan urusan ana kelak, Insyallah...

Bagi sesetengah kaum sejenis ana yang lambat berkahwin bukan kerana tiada keinginan tadi mungkin dikekangi oleh halangan-halangan tertentu. Jujurnya, belum terbuka hati ana untuk menuju ke arah itu kerana ana masih belum puas hidup membujang begini tapi bukan bermaksud masih belum puas enjoy!! Kerana masih ada hajat ana yang belum direalisasikan dan ana ingin pastikan ianya terlaksana terlebih dahulu.

Andai ada nasihat dan buah fikiran dari sahabat-sahabat, pohon hulurkan pada ana untuk tatapan mengisi ruang untuk ana renungkan. Ana bukanlah manusia yang sempurna, punya seribu kelemahan dan kesilapan.

Di kesempatan ini juga, pada 'yang pernah menghiasi' ruang hidup ana yang telah ana tinggalkan di pertengahan perjalanan, ana pohon seribu kemaafan atas kesilapan luka yang ana guriskan. Bukan niat di hati untuk mencalar kepedihan dalam lembaran cinta yang dihulurkan. Sesungguhnya, ana terpaksa....

Wassalam..

Saturday, January 23, 2010

Masa ITU...



Assalamualaikum. Salam sejahtera..salam selamat dan salam kebahagiaan.



Alhamdulillah, bersyukur ana kerana ketika ini masih bernyawa. masih mampu bergerak, masih mampu beribadat dan masih mampu berangan dan melaksanakan keinginan ana.



Ketika ana menulis blog ni, ana berada di KLIA, menjemput seorang kawan yang datang dari Kuching. Apa pun, bukan pasal dia dan bukan pasal KLIA pun yang ana nak ketengahkan kali ini. Yang nak ana sebutkan di sini berkenaan dengan masa. Andai diikutkan perancangan, kawan ana sepatutnya sampai di KLIA pada pukul 7.45 malam. Oleh kerana delayed, maka kawan ana sampai hampir pukul 2.00 pagi. Dan perancangannya ana akan terus bertolak pulang ke Terengganu, tapi perancangan kita sebagai manusia tak semestinya akan sama dalam pelaksanaannya.



Ana sepatutnya sampai ke rumah sebelum pukul 2.00 pagi kerana telah berjanji untuk berjumpa seseorang. Oleh kerana kelewatan jadual sendiri, maka semuanya terus didelayedkan.

Perancangan ana untuk menyiapkan laporan praktikal ana pun turut delayed. Pendek kata, semua delayed. Kalau nak dikira dari segi masa dan tenaga, memang ana dah kalah. Whatever pun, dalam setengah jam lagi, ana terpaksa drive pula untuk pulang ke kampung. Kalau diikutkan tenaga ni, memang ana dah tak mampu lagi. Nak tak nak, ana perancangan yang telah dibuat jauh dari timingnya.



Tapi janji dan ketentuan Allah s.w.t tidak pernah delayed kan? Alhamdulillah, semua perancangan ana pada-Nya tak didelaykan. Semua dah diselesaikan terlebih dahulu. Cuma teringat pada pesanan orang tua. "Kita pergi biarlah tanpa berhutang apa-apa". Wang ringgit mungkin dapat dibayar, tapi pada masa...masih adakah hari esok untuk kita?

Wednesday, January 20, 2010

I'm BaCk...




Assalamualaikum..

Dah lama tak bukak blog ni. Bukan ana sibuk pon, tp convert window jerk. Dulu pakai vista home edition, sekarang plak pakai windows 7 enterprise...fuh3..bangganya (tolak riak dan takbur jerk) Dalam sibuk dok explore windows 7 ni, sampai ana terlupa terus nak bertenet2 ni..maklumla..benda baru...musti excited tahap gaban melaser cipan peringkat ke lapan. so sekarang dah pakai windows 7 UNLOCKED VERSION!!!, kira memang up to date betullah ana ni

Berkenaan dengan windows 7, ana tengok memang banyak kelebihan dan kelajuan berbanding dengan windows vista. Pendek kata, memang mengancam dan meningkatkan tahap kekaguman ana mengatasi kekaguman ana kepada citer kartun kanak-kanak -----> BEN 10.


Kepada sahabat2 kat luar sana yang still setia dgn vista, XP, ME atau pun 98, try la plak versi 7 plak. Kepuasan dijamin...pendek kata...kelasssssss gituuuu!!! Bukan nak melawak atau pomot pon, tapi sekadar ingin mencari kelainan pada sesuatu yang memberi kepuasan.

Thursday, December 24, 2009

Pesanan Imam Ghazali

Imam Ghazali telah berpesan kepada murid-muridnya dengan 6 pertanyaan

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Ibu bapa
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Kawan-kawan
Murid 4 : Kaum keluarga
Imam Ghazali : Semua itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah KEMATIAN. Sebab itu janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Surah al-Imran; Ayat 185)


Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 : Negeri China
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling jauh dari kita ialah MASA. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, kita tetap tidak dapat kembali kepada masa-masa yang telah berlalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari akan
datang dengan perbuatan yang berlandaskan kepada ajaran Islam.


Imam Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan kalian adalah benar. Tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU. Maka kita harus berhati-hati dengan hawa nafsu kita, jangan sampai ia membawa kita ke neraka. (Surah al-A'raf; Ayat 179)


Imam Ghazali : Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, haiwan, gunung-ganang, malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t. meminta mereka menjadi Khalifah (pemimpin) di muka bumi ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut untuk menyanggupi permintaan Allah s.w.t sehingga ramai manusia terjerumus ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali : Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun
Imam Ghazali : Semua jawapan kalian itu adalah benar. Tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Hanya kerana pekerjaan dan urusan dunia, dengan mudah kita meninggalkan solat.


Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid menjawab dengan serentak : Pedang
Imam Ghazali : Benar. Tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Saturday, December 19, 2009

Sifat Seorang Guru

Pemikir Islam, Muhammad Athiyah al-Abrasyi (1970) dalam bukunya; DASAR-DASAR POKOK PENDIDIKAN ISLAM mengemukakan beberapa sifat yang harus dimiliki oleh para mualim iaitu;
1) ZUHUD; Tidak mengutamakan kebendaan dan mengajar serta mendidik kerana mencari keredhaan Allah s.w.t semata-mata.

2) Kebersihan guru meliputi seluruh aspek tubuh badan dan jiwa.

3) IKHLAS dalam pekerjaan.

4) Bersikap PEMAAF kepada murid dan menahan diri dari perasaan marah.

5) Harus mengetahui tabiat murid daripada aspek pembawaan, kebiasaan dan pemikiran

6) Harus menguasai matapelajaran yang hendak disampaikan dan memperdalamkan pengetahuannya sehingga mampu memberikan yang terbaik

Sumber: Buletin IPGM KIK

Analogi Kunci Kepada Kehidupan



Dalam kehidupan ada pasang surutnya, ada masa kita dikurniakan nikmat dan adakalanya kita ditimpa musibah atau ujian. Manusia yang hidup di dunia ini tidak akan terlepas ujian dari Yang Maha Esa hatta seorang pun. Kadangkala kita terlupa apakah tujuan sebenarnya ujian-ujian yang menimpa ke atas kita. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Dengan maksud lain, ada hikmah mengiringinya.

Apa yang ingin disentuh di sini ialah salah cara atau kaedah untuk memandu minda dan jasad dalam menghadapi ujian atau musibah agar tidak terbabas dari landasan keimanan. Bak kata pepatah, 'Langkah yang seribu tidak akan bermula melainkan dengan adanya langkah pertama.

Dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita rujuk kepada analogi kunci. Kita diumpamakan seperti seorang yang ingin membuka sebuah pintu yang berkunci dan kita diberikan segugus anak kunci yang mengandungi 1000 anak kunci. Pintu yang berkunci itu diibaratkan sebagai masalah yang sedang dihadapi. Justeru itu, untuk membuka pintu yang berkunci itu memerlukan kita mencuba kesemua gugusan anak kunci itu secara satu persatu.

Persoalannya di sini, sejauh manakah kita mampu untuk membuka pintu tersebut sedangkan kita mempunyai segugus anak kunci yang berjumlah 1000? Hanya dengan keyakinan, doa dan tawakkal? Bahkan, kita memerlukan jua usaha untuk membukanya.

Keyakinan bahawa pintu tersebut boleh dibuka akhirnya jika kita cuba membuka dengan satu
persatu anak kunci tersebut. Di samping itu, keyakinan bahawa Allah s.w.t hanya akan melihat kepada usaha lebih dari keputusan juga perlu ditanamkan di dalam hati. Usaha yang berterusan juga perlu dan tidak mudah putus asa. Tidak lemah dalam perjuangan.

Kembali kepada analogi tadi, kita akan merasai betapa sukarnya jika kita cuba membuka kunci tersebut dengan kunci pertama. Tetapi perlulah diingat, semakin lama kita mencuba semakin tinggi kebarangkalian untuk pintu tersebut dapat dibuka, Insyallah. Manakan sama kebarangkalian untuk pintu itu dibuka apabila kunci pertama dibuka (1/1000), berbanding dengan kunci terakhir yang dibuka (999/1000).

Maka, ingatlah setiap ujian dan kesusahan andai kita mencuba secara berterusan dan istiqamah dalam usaha, Insyallah, perkara yang kita hadapi semakin mudah.

Wednesday, December 16, 2009

BUNKFACE dan Mission Possiblenya


DISKRIMINASI MENJATUHKAN AKU
REPUTASI KINI MENJADI BISU
DAN AAAAAAAAAKU...
KU LAYU...WOOOOHOOHOOO
DI SITU MENGHARAPKAN SESUATU YANG BARU
ITULAH IMPIAN AKU
DAN BILA KAU MENGHILANG
MUSNAHLAH! MUSNAH IMPIAN
UNTUK MENGGAPAI BINTANG
TERANGI HIDUPKU
KU MAHU KAU TAHU
ENGKAULAH DESTINASIKU
DALAM INGATANKU
WOOOOHOOOWOOO...
KERNA DIRI INI TAK DAYA LAGI
MENEMPUH HIDUP YANG KU TEMUI
DAN AAAAAAAAAKU...
KU TUNGGU OHHH OHHH OHHHH...
DI SITU MENGHARAPKAN SESUATU YANG BARU
ITULAH IMPIAN AKU
DAN BILA KAU MENGHILANG
MUSNAHLAH! MUSNAH IMPIAN
UNTUK MENGGAPAI BINTANG
TERANGI HIDUPKU
KU MAHU KAU TAHU
ENGKAULAH DESTINASIKU
DALAM INGATANKU
WOOOOOHOOOO WOOOOHOOO


Kagum dan begitu teruja sekali ketika pertama kali mendengar lagu ini. Tapi saya tidak mengetahui band apa yang mendendangkannya sehinggalah terlihat band ini beraksi di secara live di televisyen. Apa pun, sesuatu menarik saya untuk mengetengahkan band ini...BUNKFACE.

Saya akui saya memang peminat muzik alternative selain metal dan rock. Namun akhir-akhir ini sukar untuk menemui sentuhan yang betul-betul menjadi dari band-band alternative yang lama atau yang baru. Selain daripada Butterfinggers dan Prana, yang lain mungkin kurang menyengat. Namun itu hanya pandangan peribadi semata. Apa pun, band alternative lain mungkin mempunyai kekuatan dari sudut yang lain

http://www.youtube.com/watch?v=_H6Ygt9crIE

Secara jujurnya, Situasi, Bunk Anthem, Through My Window dan Revolusi serta yang single terbaru mereka, Ekstravaganza betul-betul yang membangkitkan semangat alternative saya yang sudah lama 'tidur'. Bukan memuji tapi saya juga agak selektif dalam memilih sesebuah band yang mempunyai kualiti dan pengaruh yang tersendiri. Walaupun begitu, sebagai sebuah band yang baru mengharungi dunia muzik yang mainstream, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh anasir luar. Jika diamati dengan teliti, sedikit sebanyak pengaruh Greenday, Blink 182 dan Sum 41 terselit dalam alunan muzik mereka.

Kolabrasi 4 anak muda iaitu Sam (vokal dan gitar kedua), Paan (gitar utama), Youk (bass) dan Ejam Coda (drum) begitu menjadi sekali. Dendangan muzik yang bertenaga dengan imej alternative amat mengujakan sekali

http://www.myspace.com/bunkface

Apa pun, band yang berasal Klang ini merupakan satu evolusi terbaru dalam dunia alternative band di negara ini.

To all alternative supporters, enjoy this fun...