Pemikir Islam, Muhammad Athiyah al-Abrasyi (1970) dalam bukunya; DASAR-DASAR POKOK PENDIDIKAN ISLAM mengemukakan beberapa sifat yang harus dimiliki oleh para mualim iaitu;
1) ZUHUD; Tidak mengutamakan kebendaan dan mengajar serta mendidik kerana mencari keredhaan Allah s.w.t semata-mata.
2) Kebersihan guru meliputi seluruh aspek tubuh badan dan jiwa.
3) IKHLAS dalam pekerjaan.
4) Bersikap PEMAAF kepada murid dan menahan diri dari perasaan marah.
5) Harus mengetahui tabiat murid daripada aspek pembawaan, kebiasaan dan pemikiran
6) Harus menguasai matapelajaran yang hendak disampaikan dan memperdalamkan pengetahuannya sehingga mampu memberikan yang terbaik
Sumber: Buletin IPGM KIK
Showing posts with label Education. Show all posts

Saturday, December 19, 2009
Analogi Kunci Kepada Kehidupan

Dalam kehidupan ada pasang surutnya, ada masa kita dikurniakan nikmat dan adakalanya kita ditimpa musibah atau ujian. Manusia yang hidup di dunia ini tidak akan terlepas ujian dari Yang Maha Esa hatta seorang pun. Kadangkala kita terlupa apakah tujuan sebenarnya ujian-ujian yang menimpa ke atas kita. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Dengan maksud lain, ada hikmah mengiringinya.
Apa yang ingin disentuh di sini ialah salah cara atau kaedah untuk memandu minda dan jasad dalam menghadapi ujian atau musibah agar tidak terbabas dari landasan keimanan. Bak kata pepatah, 'Langkah yang seribu tidak akan bermula melainkan dengan adanya langkah pertama.
Dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita rujuk kepada analogi kunci. Kita diumpamakan seperti seorang yang ingin membuka sebuah pintu yang berkunci dan kita diberikan segugus anak kunci yang mengandungi 1000 anak kunci. Pintu yang berkunci itu diibaratkan sebagai masalah yang sedang dihadapi. Justeru itu, untuk membuka pintu yang berkunci itu memerlukan kita mencuba kesemua gugusan anak kunci itu secara satu persatu.
Persoalannya di sini, sejauh manakah kita mampu untuk membuka pintu tersebut sedangkan kita mempunyai segugus anak kunci yang berjumlah 1000? Hanya dengan keyakinan, doa dan tawakkal? Bahkan, kita memerlukan jua usaha untuk membukanya.
Keyakinan bahawa pintu tersebut boleh dibuka akhirnya jika kita cuba membuka dengan satu
persatu anak kunci tersebut. Di samping itu, keyakinan bahawa Allah s.w.t hanya akan melihat kepada usaha lebih dari keputusan juga perlu ditanamkan di dalam hati. Usaha yang berterusan juga perlu dan tidak mudah putus asa. Tidak lemah dalam perjuangan.
Kembali kepada analogi tadi, kita akan merasai betapa sukarnya jika kita cuba membuka kunci tersebut dengan kunci pertama. Tetapi perlulah diingat, semakin lama kita mencuba semakin tinggi kebarangkalian untuk pintu tersebut dapat dibuka, Insyallah. Manakan sama kebarangkalian untuk pintu itu dibuka apabila kunci pertama dibuka (1/1000), berbanding dengan kunci terakhir yang dibuka (999/1000).
Maka, ingatlah setiap ujian dan kesusahan andai kita mencuba secara berterusan dan istiqamah dalam usaha, Insyallah, perkara yang kita hadapi semakin mudah.

Wednesday, December 16, 2009
Aku Dan Ganti Nama..
Seorang atlet lumba basikal telah beralih arah menjadi atlet badminton. Adakah sama corak permainan dan peraturan serta strategi untuk mencapai kemenangan? Kalau sama pun, adakah dia dapat menguasai keseluruhannnya dalam masa yang sehari dua? Tentunya memerlukan masa yang panjang dan latihan berterusan serta istiqamah dalam niat dan perbuatan.
Menyentuh soal ini, apa sahaja yang baru dan diluar bidang kita diluar kebiasaannya memerlukan masa dan suasana yang sesuai untuk kita menguasianya. tempoh penguasaannya pula bukan sekadar sejam dua, sehari dua tapi mungkin seminggu, sebulan atau tidak setahun dua. Bergantung pada indiviudu tersebut menurut keupayaan dan kemampuannya. Kalau mungkin pola pemikiran setanding Leonardo da Vinci, andai kemampuan sesasa Muhammad Ali atau kepetahan mengungkap kata seindah lirikan cinta Shah Jehan untuk isterinya, tidak mengapa. Tapi masih adakah?
Ada seorang hamba Allah merangkap kawan aku, ada menegur 2 hari lepas. Katanya, sebagai seorang yang terlibat dalam arena pendidikan, sepatutnya laras bahasa da gaya penyampaian kita mesti berbeza. Mesti ada ciri dan perlambangan seorang yang telah diketahui statusnya yang dihormati. Teringat kepada kata-kata seorang pensyarah aku, Haji Ritzuan dengan katanya, " Ke mana kita pergi, di mana kita diletakkan dan dari mana kita datang, biarkan tubuh badan kita yang menceritakan tentang kita, tapi bukan mulut kita." Fikir2 balik, macam tengah kena soal dengan Mungkar dengan Nakir la pula.
Ironinya, dipendekkan cerita. Apa yang aku nak sampaikan di sini, penggunaan kata ganti nama 'aku' tidak sesuai untuk aku merangkap owner blog ni la tidak sesuai aku gunakan sebagai seorang warga pendidik. Alasannya, apa sahaja mesti bersantun dan bersopan untuk seorang guru. Mungkin ada kebenarannya. Bukan menurut kata atau aku jenis yang mudah dipengaruhi. Tapi kadang-kadang pandangan mereka yang lebih arif perlu juga diambil kira.
Kalau dilihat dari aspek bahasa, ganti nama aku, saya mambawa maksud yang sama. Cuma mungkin 'rasa' pada nilai perkataan tersebut yang berbeza. Kalau diguna pada apa jua jenis ayat dan pertuturan sekalipun, maksudnya tetap sama. Tiada perbezaan langsung. Cuma yang pasti soal nilai, moral dan adat diambil kira, maka timbullah pertikaian. Apa pun, perbezaan jangan dijadikan lawan tapi jadikan sempadan ketika penilaian dan panduan jika iainya kebenaran.
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/gantinama.htm
Biasalah, orang Melayu amat menitikberatkan soal ini. Apa pun, pada yang menegur dan mengkritik, terima kasih yang teramat sangat. Mulai hari ini, aku tiada lagi (Kumpulan Rusty Blade nyanyi lagu Tiada Lagi Aku, tiada kena mengena dengan masalah di sini) digunakan. Insyallah, perubahan ini pun tidak akan membawa kerugian pun pada ana. Ana?!! Kata ganti nama dalam Bahasa Arab yang membawa maksud saya akan ana praktikalkan. Kadang-kadang saya, terkadang kami dan kadang-kadang sekali lagi ana akan membahasakan diri ini.
Andai ada kesilapan di sini, tolong lah tegur ye. Kalau ada guru bahasa Melayu kat luar sana, amatlah dialu2kan komen anda.
Maklumla..blogger baru belajar.

Subscribe to:
Posts (Atom)